Saturday, 29 September 2012

Kemanisan Berumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman 
 Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan 
Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti 
 Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan 
 Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab  
 Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa 
Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah 
 Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum 
 Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan  
 Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian  
 Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selamat mencuba!!

Sumber: Rahsia Keluarga Bahagia

No comments:

Post a Comment