1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap
pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati,
disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah
lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak
sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak
pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun
anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan
selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak
suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri
seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang
mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran
Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan
Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk
syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira
dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka
ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka
redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka
perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan
apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin
mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia
memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh
sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar
seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi,
sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami
perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda
bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun
perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti
lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan
isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia
berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan
suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan
baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di
belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa
isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan misalnya
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba
anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri
anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda
ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala
kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa
ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan
lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan
kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala
semangatnya hilang dan luntur.
9. Dengar pendapat isteri
Suami
isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan
atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai
'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan
masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem
kerjanya.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan
semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Bukankah pemberian itu
melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan
isteri.
No comments:
Post a Comment